Waktu Operasi

Isnin - Khamis : 9:00 - 17:00

Jumaat : 9:00 - 12:00

Hubungi Kami

+03 5481 8800

Emel Kami

pertanyaan.yawas@gmail.com

Image

Selamat Datang ke Laman Web rasmi Iltizam Anak Selangor

Menerusi Ucapan Belanjawan Selangor 2022 pada 25 Disember 2021 yang lalu, YAB Menteri Besar Selangor ada mengumumkan Kerajaan Negeri Selangor akan memperkenalkan skim baharu yang dikenali sebagai Iltizam Anak Selangor.

“Menyedari kepentingan pengurusan kewangan yang mampan di peringkat isi rumah, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan skim baharu Iltizam Anak Selangor yang akan disertai dengan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime bagi anak-anak baru yang baru lahir di negeri Selangor.

Seramai 30 ribu anak-anak yang memohon akan diberikan RM 100 setahun untuk tempoh 5 tahun dengan peruntukan sebanyak RM 3 juta pada tahun 2022.”

Y.A.B DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI
MENTERI BESAR SELANGOR

Mohon Sekarang


APA ITU ILTIZAM ANAK SELANGOR

Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.

Ia menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di anas.yawas.com.my bermula 1 Ogos 2022.

Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas

Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.

Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.





Cara Permohonan

1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di www.anas.yawas.com.my.

2. Dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dimuatnaik dalam sistem permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian dibuat.

3. Pemohon boleh menyemak status permohonan di laman web www.anas.yawas.com.my.





Syarat Permohonan

    Kriteria anak:

  1. Terbuka untuk anak kelahiran bermula tahun 2022;
  2. Warganegara Malaysia DAN
  3. Lahir di Negeri Selangor (Kod Kelahiran Negeri Selangor di dalam Mykid/Sjil Lahir); DAN
  4. Sedang menetap di Negeri Selangor

    Kriteria ibu/bapa/penjaga:

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Berumur 18 tahun ke atas; DAN
  3. Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
  4. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor

  5. **Tertakluk pada kuota permohonan yang menepati syarat yang telah ditetapkan sehingga 30,000 orang sahaja.







Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Salinan sijil lahir anak
  2. Salinan IC Ibu/ bapa/ penjaga yang sah yang layak menjadi pendeposit akaun SSPN Prime anak
  3. Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
  4. Salinan Surat Akuan Berkanun / Sijil Anak Angkat
  5. Salinan akuan sumpah (hubungan selain ibubapa kandung/angkat)

Peringatan

- Dokumen sokongan yang diperlukan perlu dimuatnaik secara atas talian di ruangan yang disediakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.

- Jika pemohon gagal untuk menghantar dokumen dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan DIGAGALKAN dengan serta-merta.