Selamat Datang ke Laman Web rasmi Iltizam Anak Selangor
Menerusi Ucapan Belanjawan Selangor 2022 pada 25 Disember 2021 yang lalu, YAB Menteri Besar Selangor ada mengumumkan Kerajaan Negeri Selangor akan memperkenalkan skim baharu yang dikenali sebagai Iltizam Anak Selangor.
“Menyedari kepentingan pengurusan kewangan yang mampan di peringkat isi rumah, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan skim baharu Iltizam Anak Selangor yang akan disertai dengan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime bagi anak-anak baru yang baru lahir di negeri Selangor.
Seramai 30 ribu anak-anak yang memohon akan diberikan RM 100 setahun untuk tempoh 5 tahun dengan peruntukan sebanyak RM 3 juta pada tahun 2022.”
Y.A.B DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI
MENTERI BESAR SELANGOR
Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.
Ia menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.
Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di anas.yawas.com.my bermula 1 Ogos 2022.
Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas
Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.
Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.
1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di www.anas.yawas.com.my.
2. Dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dimuatnaik dalam sistem permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian dibuat.
3. Pemohon boleh menyemak status permohonan di laman web www.anas.yawas.com.my.
**Tertakluk pada kuota permohonan yang menepati syarat yang telah ditetapkan sehingga 30,000 orang sahaja.
- Dokumen sokongan yang diperlukan perlu dimuatnaik secara atas talian di ruangan yang disediakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
- Jika pemohon gagal untuk menghantar dokumen dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan DIGAGALKAN dengan serta-merta.