1. Pembukaan akaun Simpan SSPN Prime atau kemasukan deposit bagi akaun sedia akan dilaksanakan setelah permohonan Iltizam Anak Selangor diluluskan.
2. Sumbangan wang ke akaun tersebut adalah tertakluk bagi kelahiran mulai 1 Januari 2022 sahaja.
3. Ibu/bapa/penjaga yang didaftarkan secara automatik akan menjadi pendeposit tetap bagi akaun Simpan SSPN Prime anak yang dibuka di bawah program ini.
4. Bagi anak yang telah mempunyai akaun Simpan SSPN Prime (tertakluk bagi pendeposit yang sama), wang akan dikreditkan ke dalam akaun tersebut setelah permohonan diluluskan.
5. YAWAS akan memaklumkan kepada penerima/pendeposit setelah wang dikreditkan ke Simpan SSPN Prime anak melalui emel yang didaftarkan sewaktu permohonan dibuat.
6. Wang tabungan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Selangor tidak boleh dikeluarkan sehingga anak berusia 18 tahun.
7. Jumlah nilai wang yang dimasukkan adalah bernilai RM 100 setiap tahun untuk tempoh 5 tahun sahaja.
• Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM 8,000.00
• Perlindungan takaful percuma bagi simpanan RM 1,000 dan ke atas.
• Geran Sepadan sehingga rm 10,000 untuk satu keuarga yang layak.
• Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN
• Simpanan dijamin kerajaan
• Kadar dividen yang kompetitif